Thursday, April 29, 2010

Kit Unit 1.1: Sistem Bumi


Bahan yang terdapat dalam Kit Unit 1.1: Sistem Bumi

  1. Rancangan Mengajar
  2. Bahan Multimedia
  3. Latihan Pengukuhan
Klik link di bawah untuk download Kit Unit 1.1: Sistem Bumi

http://www.4shared.com/file/2EcwH5Du/Kit_11_Sistem_Bumi.html


Sekapur Sirih.....Sepatah Bicara....Pemula Segalanya!

Image Credit: http://school.discoveryeducation.com/

Salam buat semua pengunjung blog ini...

Izinkan saya memulakan bicara sebagai permulaan kepada kelahiran blog ini. Tidak dapat dinafikan, kemajuan teknologi telah mengubah corak pendidikan negara. Bertitik tolak dari itulah, saya rasa proses P&P yang berkesan haruslah membudayakan ICT di kalangan guru mahupun para pelajar.

Hasil kajian dan pemerhatian saya terhadap penguasaan pelajar dalam subjek Geografi, bahan bantu mengajar sedikit sebanyak telah menjadi faktor yang menarik minat mereka. Lantaran itulah, saya mendapat idea menghasilkan Kit Pembelajaran Geografi atau singkatannya KIPEG untuk membantu meningkatkan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas mahupun di rumah.

Bahan inovasi ICT ini saya terjemahkan ke blog ini sebagai salah satu sumber capaian kepada pelajar. Perkongsian ini juga saya perluaskan kepada komuniti luar khususnya warga pendidik yang mengajar subjek Geografi di seluruh Malaysia.

Adalah menjadi harapan saya untuk melihat subjek Geografi dikuasai oleh semua pelajar seiring dengan hasrat yang disuarakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dalam semua bidang. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dariNya. Amin.